Munajat seoranghamba
Best viewed in Google Chrome




posted : Thursday, August 4, 2011
title : .:Invisible Man:.
04/08/2011...
Hari di mana perasaan aku bercampur baur... Sedih + sayu + kecewa + marah + shocked + terkesima + wondering + analyzing + redha + pasrah + sebak + malu + devastated = being invisible...
Hari ini aku rasa hari aku paling dekat denganNya.. Banyak yg aku adukan padaNya.. Semoga Dia mendengar dan membantu aku meneruskan hidup aku.. Ini semua hanyalah kerana ....hmm.. Biarlah.. Orang yang menilai kita.. Kita kena terima seadanya hakikat diri kita kerana manusia punya mata dan akal untuk menilai baik buruknya kita.. Dan aku baru sedar aku bukanlah sebaik mana... Dan ini membuat aku muhasabah diri aku.. Semoga apa yg berlaku mematangkan aku dan menjadikan aku insan yg lebih baik kerana aku tidak sempurna... Tp aku x sangka aku seteruk itu.. Ya Allah.. Ampuni dosa hambaMu ini..

Kemudian, pada petang td, abg aku call..Abah kena masuk wad..Jantung abah bengkak..Bahkan seluruh anggota badan abah bengkak..Ya Allah..Bertimpa ujian yang Engkau turunkan padaku dalam satu hari.. Esok selepas solat Jumaat, aku nak terus balik Segamat..Dalam masa yg sama, aku boleh mencari ketenangan di sana.. Kerana di JB, bibir aku sering tersenyum palsu.. Senyum dan ketawa aku hanyalah untuk membuat orang sekeliling aku ceria..Walaupon hakikatnya, hati aku hanya Allah yang taw..

Semoga tarikh keramat ini memberi kesan yang positif buat diriku.. Aku bersyukur kepada Allah kerana memberi ruang kepada aku untuk menjadi yg lebih baik..Alhamdulillah..Kepada Abah, semoga cepat sembuh...

posted : Wednesday, August 3, 2011
title : .:Afterlife:.
Dengan Nama Allah..
Di kehangatan mlm yg sememangnya hangat, aku termenung jauh.. Memikirkan nasib aku akan datang.. Bagaimana cara aku pergi nanti? Sakit? Kemalangan? Ketika tidur? Wallahualam.. Tp, yang pasti, aku tidak mau mati sekarang..Aku takut...Taubat aku masih banyak yang perlu dipohon...
Aku sering melihat orang dikebumikan.. Aku jadi takut.. Berseorangan dalam kubur yang gelap dan sempit.. Bertemankan ulat dan serangga.. Bertemu pula dengan Malaikat Nu'man serta Mungkar dan Nangkir..Pasti menggigil ketakutan aku di kala itu.. Menjawab soalan-soalan yang dilontarkan..Semoga aku dapat menjawabnya dengan sempurna.. Amin..Berada di dalam itu bukan dalam waktu yang sementara, tp lama.. Hinggalah ditiupkan sangkakala yang kedua.. Barulah aku akan dibangkitkan semula di padang mahsyar.. Adakah aku akan dibangkitkan dengan sempurna tubuh atau aku dijelmakan menjadi makhluk lain? Na'uzubillah..Kemudian diberaturkan bersama berbillion2 manusia sejak zaman Adam.. Dengan mataharinya yang sejengkal..Aduhh!! Peritnya.Jika ari ni, panas yang tidak seberapa pon, kita akan mengeluh dan berteduh, inikan pula sejengkal.. Dan terpaksa menanti untuk dihisab.. Akan berat kah pahala ku? Atau beratkah dosa ku? Aku tak mau merangkak melintas titian sirat.. Aku mau seperti kilat..Tp, layakkah aku? Aku tak mau ke neraka, tp aku sedar aku tidak layak untuk syurga Mu.. Ya Allah... Ampuni la dosa2 ku..Terlalu banyak kelalaian yang aku sudah lakukan.. Terlalu banyak dosa aku terhadapMu, keluargaku dan sahabat2 ku.. Berikanlah aku masa untuk menginsafi kerdilnya diriku di sisi Mu..
Untuk itu, aku berdoa agar diriku, keluargaku dan sahabat-sahabatku sekalian, dilimpahi keberkatan dan rahmat dari Ilahi... Amin...

posted : Monday, August 1, 2011
title : .:First Ramadhan:.
Alhamdulillah, usai sudah hari pertama puasa tahun ni.. Berpuasa pertama di Segamat memang satu kewajipan bagi aku sejak dari dulu lagi.. Aku x pertama sambut puasa pertama selain dari Segamat.. Kenapa yer? Ntah la, tp aku rasa tenang jer klu puasa kat segamat ni.. Puasa bersama rakan2 baik dan keluarga memang seronok. Sebab tu, bila dtg jer bulan Ramadhan, jgn harap la nampak muka aku kat tempat lain selain Segamat. Berterawikh bersama kwn2 satu kemestian.. Pas terawikh, lepak ngeteh kejap.. Pastu baru balik rumah.. Then sahur.. Aku x pernah miss sahur sebab yg membezakan puasa orang Islam dengan orang kafir ialah sahur.. Pas sahur, gi solat Subuh kat masjid.. Tenangnya rasa...

Rutin2 ni sebenarnya lebih kurang jer ngan rutin di JB, cuma yang bezanya, aku sorang2 di JB.. Jauh dari keluarga aku.. Nikmat berbuka bersama2 mmg aku x rasa klu di JB sebab biasanya aku buka sorang2.. Tp, aku rasa aku taw reaksi sesapa yg baca post ni.. Mesti korang ckp, cari la bini, kawin la cepat2... Hmm.. Xpe.. Post aku pasni, biar aku bercerita pasal jodoh.. Yang penting sekarang, aku tgh layan lagu Man Bai.. Harapan Ramadhan...Lagu ni mmg leh wat aku sebak..Lirik dia mmg touching...

Apapon, aku berharap agar Ramadhan kali ini, memberi kesan pada diri aku agar menjadi yg lebih baik.. Dan semoga aku bertemu Lailatul Qadar.. Amin..


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua



posted : Monday, July 18, 2011
title : .:Alhamdulillah:.
Alhamdulillah.. Usai sudah majlis persaraan Pn Masniah n Pn Ling.. Tinggal Cik Latifah je.. Apa pon, majlis semalam mmg awesome. Segala yang dirancang, berjalan lancar malah better than what we expect..Aku mmg penat betol semalam.. Dari pagi aku berkejar sini sana..Pastu kelas leh penuh lak tu.. Adehh.. Ucapan untuk majlis di hotel pon aku baru terkial-kial nak buat.. Honestly, aku mmg benci berucap... Baik mengajar.. Tp apakan daya, thn ni aku kena jadi pengerusi KEBIRUS..Terpaksa aku bg ucapan.. Hmm... Aku masuk kelas 1 KAA2 pagi semalam.. Aku arahkan diaorg buat soal jawab sebagai ulangkaji so aku leh wat ucapan.. Itu pon aku minta Nurin taipkan.. Hahaha... Tp x siap pon..

Masa makin suntuk.. Aku masuk bilik guru dan terus mintak Kak Rossa wat kan ucapan sebab majlis di dewan dah nak bermula.. Aku kena bantu guru2 disiplin menyusun pelajar...  Settle susun pelajar, majlis pon bermula..Gimik yang kami rancangkan berjalan cantikkk sekali.. Alhamdulillah..Pn Masniah terperanjat betol bila keluarganya muncul tiba2 dengan paluan kompang untuk meraikan bersama majlis persaraannya.. Hehehehe..Aku lak rasa terharu.. Seterusnya, majlis berjalan mengikut perancangan.. Aku jd glamer kejap sebab ditugaskan membawa kereta BMW Z3 Datin Zawiyah untuk mengiringi Pn Masniah meninggalkan SSI..
Selesai majlis, aku terus bergegas bawak Datin balik rumah dia..Sebab keta aku tinggal sana. Selepas solat Zuhur, aku terus bertolak ke Hotel Paragon dari rumah Datin.. Lebih kurang jam 315 majlis pon bermula dan aku pon kena berucap.. Buat pertama kalinya, aku berucap tanpa rasa nervous .. Cool jer.. Hahaha.. Kenapa eh? Klu x sebelum ni, mesti menggigil.. Lega aku sebab dah settle ucapan aku.. Tapi aku mmg berterima kasih sesangat pada Kak Rossa sebab tolong buatkan teks ucapan aku.. Ramai yg memuji ucapan aku, tp aku rasa pujian tu patut diberikan pada Kak Rossa.. :-)

Aku rasa seronok sgt semalam sebab majlis berjalan lancar, makanan pon sedap walaupon sebenarnya aku sedih sebab Pn Masniah bersara.. Pn Masniah merupakan antara guru yang aku kagumi.. Dedikasi, cintakan tugas, pemurah, humble, sifat keibuaannya mmg aku respek.. Klu apa2 hal, aku selesa merujuk kat Pn Masniah.. Apapon, inilah realiti kehidupan..Yang bermula pasti berakhir.. Dari satu fasa ke satu fasa, hidup mesti diteruskan.. Untuk Pn Masniah, berehat la puas2..You've done a SUPERB job!..

posted : Thursday, July 14, 2011
title : .: Aishiteru :.
Bila bukak blog ni, mesti terus berkumandang lagu Aishiteru.. Yang bermaksud I Love U, Aku Cinta Padamu, Wo Ai Ni... Hehehe.. Bukan apa pon letak lagu ni.. Xde maksud tersurat lagi tersirat.. Cuma, suka lagu ni.. Nanti dah boring dengar , tukar la lagu lain.. Hahaha...Biar la org nak ckp aku jiwang ke apa, walaupon hakikatnya, aku dah malas nak jiwang2 lagi.. Penat la.. Baik idup selamba..
Kalau dihayati lirik lagu ni, ia membicarakan tentang perasaan seseorang yang bercinta tetapi kekasihnya jauh di mata.. Mmg betol pon apa yg penyanyi rasakan di saat berjauhan dgn seseorang yg istimewa.. Resah gelisah, curiga, rasa nak cari org lain jer, cemburu n etc.. Semua bercampur baur.. Aku dah rasa semua tu.. Nyesakkan dada jer semua tu.. Tapi, itulah realiti bercinta.. Haisshh... Memenatkan...
Aku ingat lagi cerpen abg aku yang bertajuk Kasanova... ' Cinta itu indah masa permulaannya sajer.. Bila masuk pertengahan akan jadi hambar dan last sekali terjadi la pengakhiran.. Yang korang semua panggil, CLASH..Hahaha.. Bila clash, semua nya salah.. Nak tgok muka pon dah nyampah.. Mula pulangkan barang2.. Hey, dah bagi, watper pulangkan.. Simpan je la.. Buruk siku ker? Pastu tulis status kat facebook, kutuk2 ex bf/gf... Biasanya pompuan la.. Emosi terlebih.. Klu lelaki, rilek jer.. hahhaa
Tapi, beruntunglah kepada org yang terus menemui soul mate nyer.. Chapter yang indah itu akan berterusan tanpa ending.. Insya Allah.. Tp bukan pada aku wat masa ni.. Sebab aku lom jumpa soul mate aku.. Bila? Ntah la.. Aku serah pada Allah yg Berkuasa.... Dan bila aku jumpa soul mate aku, aku akan ucapkan AISHITERU pada dia, setiap masa tanpa jemu... :-)

posted : Tuesday, July 12, 2011
title : .: Saviour :.
Ptg td, satu kejadian yg buat aku terharu + kagum + bangga berlaku... Kesungguhan beberapa orang students ni mmg patut dipuji.. Sebabnya, ada seekor anak kucing terperangkap dalam saluran air di surau sekolah.. Atas dasar perikemanusiaan dan prihatin dan jugak mungkin kerana kisah Abu Hurairah, sahabat yang amat menyayangi kucing, menyebabkan mereka2 ni bertungkus lumus untuk menyelamatkan anak kucing tersebut.. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka hanya berlalu pergi  kerana segala usaha tidak berjaya.. Tetapi, mereka ini tidak..Sampai satu tahap, mereka meminta aku memanggil bomba. Hehehe.. Bagus betul.. Aku pesan pada mereka, cuba dulu kaedah lain sementara aku nak habiskan kelas tambahan aku terlebih dahulu sebelum menyusul menyertai mereka.. Memang susah nak keluarkan kucing tu sebab dia tersekat di tengah2 saluran dan ada halangan yang menyukarkan kucing tu untuk keluar.. Tambahan pula, semut mula menghurungi kucing tu.. Kesian sungguh.. Aku pulak jadi risau akan kucing tu.. Setelah mencuba beberapa kaedah, akhirnya aku meminta Ammar cari baldi.. Kejap jer dia dah jumpa baldi.. Efisyen sungguh.. Aku suruh di penuhkan air dalam baldi dan kemudian curah dalam saluran tu.. Mmg kaedah ni agak bahayakan kucing tu tp terpaksa.. Klu dibiarkan juga, kucing tu akan mati.. Setelah dua kali mencurah air, Alhamdulillah kucing tu pon terlepas dari terperangkap.. Kejap jer kucing tu dah lesap... Pedih kot mata dia kena air.. Tp, xpelah, janji dia selamat.. Bagi pelajar2 ni, mmg kegembiraan dan kepuasan jelas terpancar kat wajah2 mereka.. Aku bersyukur aku dapat pelajar2 mcm ni.. Semoga Allah merahmati dan memberkati mereka.Amin..Besar pahala mengasihi sesama makhluk Allah ni..


p/s : Gambar kucing  di atas adalah hiasan semata2..

posted :
title : .:Gunners All The Way~~:.
Tepat jam 7.32 pm td, aku dapat call dari sahabatku.. Galak (bukan nama sebenar). Dia tanya aku, ko x gi tgok Arsenal lawan Malaysia ke esok.. Aku terus jadi sedih.. Huhuhu.. Yelah, bukan selalu diaorg dtg Malaysia.. Time diaorg dtg lak, aku x dapat tgok.. Napalah lawan masa  hari kerja?? Buat la hari Sabtu mlm Ahad.. Barulah ramai leh tgok.. Best wooo kalau dapat tgok live star2 Arsenal.. Lebih2 lagi Theo Walcott n Robin Van Persie.. Apa kan daya, aku ada tanggungjawab yg lagi besar.. Biarlah aku berkorban kali ni.. Nanti tgok jer ulangan kat Astro.. Satu hari nanti, klu Allah kurniakan aku rezeki lebih dan umur yang panjang, aku terus gi North London, tgok kat stadium Emirates.. Lagi feel.. hehehe..Apa pon, kepada Galak, Zairul n Amat, have fun guys.. Jgn lupa amik gambo banyak2.. ( padahal jeles sgt ni ) .. Buat players Malaysia  n Arsenal, all the best.. Jgn game bosan sudah la.. Hahaha... Calo bete...