Best viewed in Google Chrome
posted : Tuesday, July 12, 2011
title : .: Saviour :.
Ptg td, satu kejadian yg buat aku terharu + kagum + bangga berlaku... Kesungguhan beberapa orang students ni mmg patut dipuji.. Sebabnya, ada seekor anak kucing terperangkap dalam saluran air di surau sekolah.. Atas dasar perikemanusiaan dan prihatin dan jugak mungkin kerana kisah Abu Hurairah, sahabat yang amat menyayangi kucing, menyebabkan mereka2 ni bertungkus lumus untuk menyelamatkan anak kucing tersebut.. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka hanya berlalu pergi kerana segala usaha tidak berjaya.. Tetapi, mereka ini tidak..Sampai satu tahap, mereka meminta aku memanggil bomba. Hehehe.. Bagus betul.. Aku pesan pada mereka, cuba dulu kaedah lain sementara aku nak habiskan kelas tambahan aku terlebih dahulu sebelum menyusul menyertai mereka.. Memang susah nak keluarkan kucing tu sebab dia tersekat di tengah2 saluran dan ada halangan yang menyukarkan kucing tu untuk keluar.. Tambahan pula, semut mula menghurungi kucing tu.. Kesian sungguh.. Aku pulak jadi risau akan kucing tu.. Setelah mencuba beberapa kaedah, akhirnya aku meminta Ammar cari baldi.. Kejap jer dia dah jumpa baldi.. Efisyen sungguh.. Aku suruh di penuhkan air dalam baldi dan kemudian curah dalam saluran tu.. Mmg kaedah ni agak bahayakan kucing tu tp terpaksa.. Klu dibiarkan juga, kucing tu akan mati.. Setelah dua kali mencurah air, Alhamdulillah kucing tu pon terlepas dari terperangkap.. Kejap jer kucing tu dah lesap... Pedih kot mata dia kena air.. Tp, xpelah, janji dia selamat.. Bagi pelajar2 ni, mmg kegembiraan dan kepuasan jelas terpancar kat wajah2 mereka.. Aku bersyukur aku dapat pelajar2 mcm ni.. Semoga Allah merahmati dan memberkati mereka.Amin..Besar pahala mengasihi sesama makhluk Allah ni..
p/s : Gambar kucing di atas adalah hiasan semata2.. |